Wednesday 19 February 2014

Namaste Nepal : Day 2 part 2 (Nayapul - Tikhedunga)

Assalamualaikum

Bertemu kembali.

Sambungan dari Day 2.

Let's start trekking with Prakash and our porter.

Oh sebelum terlupa, untuk trekking, terdapat dua benda diperlukan yakni:
1) ACAP - Annapurna Conservation Area Permit
2) TIMS - Trekkers Information Management System

naif gilos muka. gambo pasport katakan.
Dua2 benda ni perlu disediakan lebih awal and of course Puru dah tolong siapkan. Ada checkpoint yang memerlukan dokumen tersebut diperiksa. Kitorang bagi Prakash pegang je semua untuk satu kumpulan. Senang.

Dari segi pakaian pula, saya pakai long john / thermal wear, tshirt and jacket / sweater. 3 layer. Seluar jeans pun ok. Early winter, suhu lebih kurang aircond. Cuma malam kena pakai tebal sikit. Kitorang xberapa tahan sikit kat kaki. Pakaian xtebal pun xpe, yang pasti stokin kitorang berlapis2. Sejuk~

Trekking kami bermula lebih kurang jam 11.30 pagi. Perjalanan dari Nayapul ke Tikhedunga lebih kurang 4 jam. Starting point adalah kawasan kampung, Pekan kecil Nayapul. Perjalanan kami ditemani oleh keldai2 yang membawa barang dan muatan ke guesthouse. Jika keldai pun boleh, apatah kami lagi bukan.
nampak tak porter bawak budak di belakangnya?
Nayapul
folo jalan org kampung
hanging bridge

Prakash kata "snow melted from the mountain and flows into the river"

our porter. gagah perkasa
Tema hari pertama trekking ini adalah village view. Lalu sebelah rumah orang, antara rumah, kawasan berbatu (gravel road).

Jalan2 akan sampai checkpoint untuk check permit. Kat sini jalan terbahagi kepada dua. Kiri ke Birethanti, kanan ke Ghandruk. Dua2 pon boleh sampai ke Poon Hill dengan jayanya. Kami pilih yang paling singkat masa trekking sebab xlama kan di Nepal. Seminggu je. Kalo ikut Ghandruk dah kena extra satu hari kalo xsilap.





sempat tgk sovenir
Perjalanan adalah panjaaaaaangggggggg. Moh layan gambo.


air terjun laks~


i like this pic.


like this pic too~
Berhenti sekejap makan tengah hari sambil melayan angin bayu membawa diriku. Makanan dan minuman termasuk dalam pakej. Kalo beli air mineral kena bayar. Kitorang agak risau sebenarnya dari segi air. Takut tercemar, cirit birit ke. Siap beli ubat nk bersihkan air lagi. Aim nak cari aquatabs. Tapi tidak ketemu. Alhamdulillah semua baik2 saja.


egg vege fried rice

Kenyang2, sambung perjalanan balik. Trekking kali ni kitorang light and easy je. Sebabnya kitorang xtahu destinasi nye mana. Boleh tak camtu. Haha. Kalo kita mendaki gunung, every kilometer ada signboard kan. Psiko gile. Yang ni kitorang cuma tahu Tikhedunga. Tapi tak tahu guest house mana. Sebab banyak kan. warna pun sama. Agak2 macam dah sampai, tunggu Prakash jap. Pastu die soh teruskan lagi. Bukan yang ini katanya. Depan sikit. x jauh dah. Misteri giteww. hahaha. Padahal rasanya ade je die bagitahu awal2. I kot tak dengar :P



menangis tengok kena naik bukit ni. baru separuh perjalanan kot.

Lebih kurang pukul 4 kami tiba di Tikhedunga. Niat di hati nak teruskan at least sampai satu lagi checkpoint lebih kurang sejam setengah lagi. Jadinya esok pendek sikit lah kan jaraknya. But last2 tak jadi. Considering pagi tadi gerak dari Kathmandu and langit bakal menggelap. Rehat sepuasnya lah kira. And I'm glad kami tak teruskan perjalanan ke Ulleri hari itu juga.

our room. simple and nice.
tandas di hujung~
to be continued...

Sunday 16 February 2014

Namaste Nepal : Day 2 (Nagarkot - Pokhara - Nayapul)

Assalamualaikum

Bertemu kembali di hari Ahad. Hari kedua perjalanan. Tidur dalam kesejukan. Sejuk macam Laban Rata. Grr...

Sambungan dari Day 1

Pukul 5 pagi dah bangun. 5.30 pagi orang dah ketuk bilik kejut subuh. Kejut tengok sunrise sebenarnya. hehe. Misi kami adalah untuk melihat sunrise. Specifically sea cloud. Ni semua salah gambar kat bawah.

credit to google
Jika anda hanya aim nak g Kathmandu sahaja, boleh try tengok sunrise di sini. Barang ktorang dah pack siap2 sebab nak terus ke airport untuk catch flight ke Pokhara 8.15 pagi. Pukul 7 dah kena bertolak.

Jadinya, siap2 tengok sunrise. Naik atas sikit depan cafe. Mintak pekerja tolong packingkan breakfast sebab confirm xsempat.

Sebab rasa macam xpuas kitorang panjat sikit lah tangga hotel yang berkenaan untuk tengok view yang lebih jelas harapnya.

Gambar boleh tahan kot? walaupun ada berkabus2 sikit. Hampa sekali sea cloud xdpt dijumpai.




dari dalam bilik gak jelas. heee
 


Sayup2 je kan gambarnya. Sebab rushin kot. Trekking nanti nk tgk sunrise sampai puas. Mihmihmih

Dah tengok sunrise, kami bertolak ke airport. Target sampai airport dalam pukul 8 pagi. So sempat lagi lah kan. Sebabnya Puru pun cakap semalam biasanya flight delay dalam 1-2 jam. Sekali sampai 5 minit sebelum departure and flight tak delay ok! Memang tak sempat nak check in barang apa terus g kaunter and depa suruh follow secepat mungkin. Naik bas kecik yang akan bawa terus ke flight. Backpack angkut semua masuk dalam kabin. Alhamdulillah. Dapat juga naik flight berkenaan. Kalo kt lcct ni memang confirm kena tinggal.


Susunan seat adalah 1-2. Sempit sikit tapi still boleh letak barang.

Beruntung saya dapat duduk di sebelah kanan flight sebabnya.....



Yeah. snowy mountain. Macam perasan ada orang tanya mana satu Everest kat pramugari tapi nampak dia geleng. Everest memang tak nampak dari situ. Ada point lain kalau xsilap kami. Flight less than one hour. Dapat air panas untuk minum kopi dan gula2 dari Yeti Airlines.

Selamat tiba di Pokhara and terpaku. Turun2 terus nampak snowy mountain lagi. Terang, jelas dan nyata. Ada cloudy sikit tapi weather still nice. Check in baggage memang angkat manually je.

Fish tail!




Ketibaan kami disambut oleh Prakash. Jumpa2 terus dia cakap "You are lucky because you know these 2-3 days there's always delay" Gelak je mampu. hahaha. Since today akan mula trekking, jadinya Prakash drop dulu kitorang kat hotel untuk tinggalkan barang-barang yang tak perlu. On the way, singgah jap kat kedai untuk ambil down jacket and sleeping bag.
amik sleeping bag and down jacket~

i is jelly. belakang kedai snowy mountain lagi.
otw to Nayapul. Jeles tgk sungai dia
Fish tail lagi! bentuk segi tiga itu
Trekking point kami bermula di Nayapul. Lebih kurang sejam setengah perjalanan juga. Mengambil kira jalan yang tak berapa elok dan menyinggah ambil gambo lagi. Hahaha. Jalan bumpy2, memang melambung2, tapi I dan Gee sepakat "Ni kira ok, kat Sarawak mencabar lagi." Debu toksah cerita. Confirm ada.

To be continued...